PENGENALAN ORGANISASI


Rakyat Travel Sdn Bhd

Rakyat Travel Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Shahaz Travel and Tours Sdn Bhd) ditubuhkan pada 29 Mei 1973. Syarikat ini merupakan sebuah subsidari milik penuh Rakyat Holdings Sdn Bhd.

Operasi perniagaan pelancongan dimulakan pada tahun 1994 dengan tumpuan di dalam perniagaan penyewaan kereta sebagai tonggak perniagaan utama. Selaras dengan perkembangan industri pelancongan di Malaysia, Rakyat Travel kini mengembangkan aktiviti perniagaannya kepada pengangkutan bas persiaran, pengendalian pelancongan di dalam dan luar negara termasuk penempahan tiket - tiket syarikat penerbangan yang ternama.


Rakyat Travel Sdn Bhd juga terlibat di dalam menguruskan acara MICE (meeting, incentive, conference and exhibition) di dalam dan luar negeri dan pernah diberi kepercayaan mengendalikan urusan logistik pada persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific ke 8 di Kuala Lumpur pada 12 - 15 Mac 2007 dan beberapa acara MICE yang lain di luar negara. 


Rakyat Travel Sdn Bhd kini telah diiktiraf memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA)


Wawasan Rakyat Travel Sdn Bhd adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dengan penekanan kepada kecekapan, keberkesanan dan pengetahuan warga kerja. Rakyat Travel Sdn Bhd dianggotai oleh pasukan warga kerja yang dinamik, berdedikasi dan berpengalaman bagi melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan demi kebaikan pelanggan-pelanggan. Hasilnya, rangkaian pelanggan kami merangkumi pelanggan individu, sektor kerajaan hingga ke sektor swasta dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment