Cara membeli tiket kapal terbang airasia secara online ianya mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.
- Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
- Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .
Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.
- klik teruskan dan isi butir peribadi.
- Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.
- pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa.
- Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.
Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.
Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.
14 hari sebelum penerbangan, perlu check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass.
- Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
- Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.
Print Boarding Pass.
- Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
- Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
No comments:
Post a Comment