1.1.1 Rakyat Travel amat menitikberatkan kepentingan atau keperluan pelanggan. Selain itu, Rakyat Travel juga memfokuskan
terhadap persaingan serta cabaran di pasaran sedia ada. Oleh itu, objektif-objektif
Rakyat Travel dalam memastikan setiap perkara berjalan dengan lancar ialah :
1)
Menawarkan
perkhidmatan yang mesra pelanggan, terbaik, selesa dan berkualiti melalui
pakej-pakej pelancongan yang dapat menepati dan memenuhi kehendak dan citarasa
pelanggan.
2) Memperkukuhkan kemahiran dalam sistem
penempahan dan penjualan tiket penerbangan dari dalam mahupun luar negara
kearah yang lebih baik dan efektif.
3) Menaiktaraf kualiti perkhidmatan kepada setiap
pelanggan dari semasa ke semasa.
4) Meningkatkan kadar ekonomi negara dengan
mempromosikan dan menggalakkan aktiviti pelancongan.
5) Sentiasa bersedia dalam mengatur strategi
pemasaran syarikat apabila menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
6) Mengeratkan silaturrahim dan menjalinkan
hubungan yang baik di antara warga kerja Rakyat Travel dengan pelanggan supaya
pelanggan merasa selesa dan akan menggunakan perkhidmatan Rakyat Travel pada
masa akan datang.
No comments:
Post a Comment