Assalamualaikum WBT
Disini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan laporan akhir latihan industri ini. Khususnya buat ayahanda Encik Aziz bin Zakaria serta bonda tersayang Puan Noor Adibah binti Hj. Tajuddin, rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan laporan ini.
Selain itu, tidak dilupakan juga kepada pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang banyak membantu saya dalam hal yang berkaitan latihan industri ini. Terima kasih diatas pergorbanan pensyarah yang membantu saya sepanjang menjalani latihan industri.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nazurah Hanum binti Zainordin, selaku "Account Executive" merangkap Pegawai Latihan Industri bagi cawangan Rakyat Travel SDN BHD di Pulau Pinang, kerana sudi memberi peluang dan menerima saya sebagai pelajar latihan industri di syarikat ini. Tidak dilupakan juga pada semua pekerja Rakyat Travel SDN BHD, terima kasih diatas tunjuk ajar kalian.Sesungguhnya, menjadi pelajar industri adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan pada saya. Insyaallah, dengan tunjuk ajar kalian saya dapat menggunakan ilmu ini dimasa hadapan dalam dunia pekerjaan.
TERIMA KASIH SEMUA